Sunday 8 December 2013

Tahniah, 'Washoku' Makanan Tradisi Jepun Kini Disenaraikan Warisan Budaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Baru-baru ini, 'Washoku' iaitu masakan tradisi Jepun telah diputuskan oleh Agensi Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dimasukkan ke dalam senarai warisan budaya Jepun (World Heritage Cuisine).

Masakan tradisi Jepun tersebut mengandungi bahan berbeza mengikut musim, rasa yang unik dan gaya makan mengikut pakaian tradisional seperti dilakukan sejak berabad-abad lalu.

 
Sumber Foto : Akihabara News

Jepun berharap pengiktirafan tersebut akan meningkatkan usaha supaya penduduk tempatan terus menghasilkan 'Washoku' bagi memastikan warisan ini tidak pupus!

Pada 4 Disember 2013, "Washoku", di senaraikan sebagai UNESCO's Intangible Cultural Heritage, yang menambahkan senarai sedia ada kepada 22.

Alangkah indahnya jika ada kedai halal yang menyediakan Washoku..

No comments:

Post a Comment