Tuesday 15 November 2011

Honeymoon Idea : Bali, Indonesia


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Bila sebut pasal kahwin, semua org terbayang-banyang nak ke mana utk honeymoon kan? Antara destinasi yang selalu disebut-sebut ialah BALI, Indonesia. 

Temple of Bedugul

Di Mana Bali, Indonesia di peta dunia? : 


Apa istimewanya Bali ?

-Dikenali sebagai 'Island of Gods' mempunyai kepelbagaian bentuk bumi, berbukit-bukit dan pantai yang 'enak'.

-Pusat layar dan selam bertaraf dunia dengan kepelbagaian kebudayaan serta sejarah. Pengunjung terdari dari 'backpacker' hingga ke 'super-rich'.


Tempat-tempat menarik ;


Pemandangan menarik sawah padi di Ubud 

Antara tempat popular honeymoon di Bali ialah Kuta, Legian, Jimbaran, Sanur, Nusa Dua, dan Seminyak yang mempunyai pantai menarik. Seingat saya, Kuta telah 2 kali diserang 'terrorist' iaitu pada 2002 dan 2005. Kuta merupakan tumpuan pelancong asing yang gemarkan pantai. Untuk mengelakkan 'pemandangan' yang kurang enak, Kuta bukan lah destinasi yang sesuai.

Ubud ialah destinasi utama dikenali sebagai 'real Bali', terletak sejam utara Denpasar. Denpasar merupakan pusat bandar di Bali. Untuk bergambar kenangan honeymoon, Ubud adalah 'perfect place' untuk sesi photography. Ubud dulunya dikenali dengan nama ubad merujuk kepada Ubad yang menjadi tempat sumber perubatan di Bali. Sekarang bukan lagi tujuan utama ke Ubud untuk perubatan. 

Pemandangan di Tanah Lot


Bagaimana merancang kenangan terindah Honeymoon ke Bali?

* mulakan dengan idea aktiviti yang sama-sama nak lakukan, yang anda berdua enjoy dengan mengambil kira budget.

* kalau boleh buat tempahan 6 bulan lebih awal, pilih travel agent yang membuat pakej 'honeymoon' mengikut budget bagi mendapat nilai yang terbaik bagi wang di keluarkan!

* semak kalendar. Masa yang paling sesuai ialah semasa 'dry season' (April - Oktober).. wow langit cerah dan biru waktu ni. Waktu kemuncak di Bali ialah antara July-September.

* Tempat tempat penginapan yang anda mampu. sama ada dengan pemandangan sawah padi / mengadap pantai / mengadap laut.

* bersedia dengan cuaca panas / kelembapan / nyamuk !!

* Pilih aktiviti yang anda berdua minat ; sukan pantai (scuba diving / snorkeling / jet-skiing  dan lain-lain) atau pergi spa / shopping / breakfast on bed / berjalan di sawah padi.

* jangan lupa membawa suntan lotion, swim wear, travel document and sunglasses! Personal first aid kit nak bawa pun boleh..

* minum banyak air!! mengelak dari dehydration.

Pemandangan Kuta


Untuk ke Bali dari Kuala Lumpur, boleh pilih Air Asia.  Selamat berbulan madu walaupun bukan berbulan-bulan..

6 comments:

  1. ahaaa, saya pernah ke Bali pada tahun 2005 dulu. lepas tu ke Lombok untuk mendaki gunung Rinjani ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. my friend just said that gunung Rinjani is so beautiful!

      Delete
  2. cantik betul gunung Rinjani ni. adventure sungguh!

    ReplyDelete
  3. oohhh kat sini banyak destinasi yang menarik lahhh... sesuai jadikan panduan lahh

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy paint protection film

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete