Tuesday, 24 December 2013

MAS tawar tambang promosi musim perayaan

  • RM170 -pergi perjananan domestik & antarabangsa
  • 23 - 31 Disember 2013
  • Perjalanan antara 28 Dis - 30 Jun 2013

Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang promosi sempena musim perayaan pada akhir tahun dengan tambang pergi balik termasuk semua dari RM170 bagi perjalanan domestik dan antarabangsa.

Bermula hari ini sehingga 31 Disember, 2013, perjalanan dari Kuala Lumpur yang ditawarkan ke destinasi terpilih di seluruh dunia dengan tambang pergi balik termasuk semua bermula dari RM349 ke Yangon, RM799 ke Hong Kong dan RM909 ke Cochin bagi kelas ekonomi, demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Nikmati tawaran hebat di kelas perniagaan dengan tambang termasuk semua tambang pergi balik dari RM649 ke Medan dan RM2,099 ke destinasi China terutamanya Beijing, Shanghai, Xiamen, Kunming dan Guangzhou.Penumpang boleh terbang dengan kelas ekonomi pergi balik dari Kuala Lumpur ke London dari RM2,979 dan Dubai dari RM1,799 manakala bandar-bandar popular Australia dari RM999 ke Darwin, RM1,129 ke Perth, RM1,799 ke Adelaide dan RM2,149 ke Sydney," kata syarikat penerbangan itu .

Sementara itu, tambang kelas perniagaan pergi balik bagi laluan antarabangsa bermula dari RM11,449 ke London, Paris dan Amsterdam, RM6,099 ke Dubai, RM3,249 ke Darwin dan Perth, RM4,899 ke Adelaide dan RM6,249 ke Sydney, katanya.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia MAS, Muzammil Mohamad berkata syarikat gembira untuk menawarkan tawaran hebat kepada pelanggan untuk perjalanan domestik dan antarabangsa sempena sambutan perayaan Tahun Baru.

"Dengan tarikh perjalanan yang fleksibel dari 28 Dis 2013 hingga 30 Jun, 2014, kami menggalakkan pelanggan untuk mengambil kesempatan daripada tawaran ini dan merancang cuti akan datang mereka lebih awal," katanya.

Tambang domestik kekal rendah daripada hanya RM170 pergi balik dari KLIA ke Pulau Pinang dan Johor Baharu, RM162 ke Langkawi, RM240 ke Kuching, RM280 ke Kota Kinabalu dan RM300 ke Sandakan.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.malaysiaairlines.com. - Bernama, 23 Disember, 2013.

Source : Bernama ,

No comments:

Post a Comment