Tuesday 17 December 2013

10 Ikon Tarik Pelancong ke Labuan, Sabah, Malaysia

LABUAN - Labuan bergantung pada 10 ikon produk pelancongannya, sebagai persediaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Mohd Nadzri Othman berkata pulau bebas cukai itu mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan dan usaha diteruskan bagi penambahbaikan.
Beliau berkata produk pelancongan terdiri daripada aset utama yang mampu ditawarkan pulau ini kepada pelancong, disertai setiap aspek pengalaman pelancongan, dari masa pelancong memutuskan untuk keluar melancong hingga akhir tempoh melancong.

Beliau berkata jenis aset yang paling kerap ialah matahari, laut dan pasir untuk pelancongan resort; terumbu karang untuk 'snorkeling' dan menyelam; lembah dan tanah paya untuk alam semula jadi; warisan hidup yang wujud pada adat resam dan lagu tempatan, tarian, karya seni dan kraf tangan, dan muzium.

Map of Labuan

 Attractions in Labuan

Below are popular tourist attractions in Labuan:
  • War Memorial Park
  • Surrender Point
  • Layang-Layang Beach
  • Chimney
  • Labuan Museum
  • Pulau Papan, Labuan Town
  • Labuan Beach
  • Financial Park
  • Internatonal Sea Sport Complex
  • An’Nur Jamek Mosque
  • Patau-patau Water Village
  • Bebuloh Water Village

(Source from http://www.labuantourism.com.my/attractions/ )


Ikon dengan nilai tambah tempatan ialah pantai, pulau dan taman laut, kawasan menyelam sensasi (bangkai kapal), kehidupan tradisional kampung air (Inap desa), 'Mystery Chimney' (yang memenangi Anugerah Green Apple di London), Memorial Perang Dunia Kedua, 'Peace Park', Muzium Labuan, aktiviti beli-belah bebas cukai dan pemandangan indah matahari terbenam.
Beliau berkata satu lagi elemen penting produk pelancongan ialah akses kepada perkhidmatan kesihatan dan keselamatan fizikal pelancong.

Ini terbukti pada terus menurunnya kes jenayah di pulau ini tahun ini.
Ketua Polis Supt Adzhar Othman berkata penurunan itu dalam beberapa tahun ini adalah hasil 'community policing' di mana orang awam turut memain peranan memelihara ketenteraman masyarakat. 

Source :
Bernama
Sinar Harian, 15 Dec 2013

No comments:

Post a Comment