Saturday, 26 November 2011

Surat Winter Terakhir 2011..

Sorry for those who can't read this in Malay Language, this is not important one.

Saya menaiki pesawat easyJet dari Glasgow International Airport ke London Gatwick. Bunyi enjin pesawat easyJet sangatlah kuat semacam kipas rosak sebelah. Bersyukur saya sebab tujuan utama datang sejak dulu sudah selesai. Pahit dan manis adat orang bertandang. 

Namun 'hajat kecil' saya kali ini tidak kesampaian. Walaupun sudah penghujung November, namun masih  juga tidak turun-turun salji berbanding tahu lepas. Tahun lepas, pertengahan November sudah turun salji. 25 Nov hari paling sejuk sepanjang 2 minggu. 5 darjah Celcius, sejuknya sehingga telinga terasa sakit.  

Melihat api-api dari atas awan

Dikesempatan ini saya mengucapkan Terima kasih kepada rakan-rakan dari kami mula datang sehingga penghujung. Dari datang berdua sehinga pulang nak masuk 2 orang anak. 

Ampun maaf salah & silap. Sehingga berjumpa lagi. 

"Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala"
-Nukilan A. Samad Said 


*Post ini tiada kaitan dengan penglibatan A. Samad Said dalam politik. Sekian terima kasih.




5 comments:

  1. Luckily i can read malay!:) Nowadays, enviroment has much more differnt than last time. The planet seems to be sick.

    ReplyDelete
  2. yes. this world desperately need to be cool down. did i say correctly? haha..

    ReplyDelete
  3. ui.. london tu..bile la nk sampai ni..anyway salam kenal..:)

    ReplyDelete
  4. Singgah di sini dan salam kenal...

    ReplyDelete
  5. terima kasih pada kemang & Mie yang sudi singgah!

    ReplyDelete