Monday 30 December 2013

Guna Perkhidmatan Koc Khas dalam Keretapi (KTMB) untuk Wanita

Terbaca berkenaan isu ini di Berita Harian, 30 Disember 2013 kerana ada pengguna mengadu terkilan apabila koc khas untuk wanita tidak berfungsi apabila terdapat penumpang lelaki.

Jawapan aduan oleh En. Shahril Sahak, Ketua Unit Komunikasi Korporat KTMB seperti berikut ;

  • Inisiatif ini diperkenalkan pada April 2010

  • untuk memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada gangguan seksual

  • sehingga kini tiada tindakan dikenakan terhadap penceroboh koc khas wanita berikutan tiada akta dikhususkan bagi isu berkenaan.

  • KTMB juga tiada rekod berkenaan bilangan penumpang lelaki yang menggunakan ruang khas tersebut

  • polis bantuan hanya mampu menegur dan menasihati mereka (lelaki) menukar koc

  • KTMB sentiasa membuat pemantauan berkala bagi memastikan koc khas wanita tidak dicerobohi.

Menerusi artikel "Operasi khas jamin keselesaan koc wanita" bertarikh 5 NOv. 2013 http://www.hmetro.com.my/articles/Operasikhasjaminkeselesaankocwanita/Article

Seramai 15 anggota dan pegawai wanita dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan melaksanakan Ops Cantas Khas Wanita bagi melaksanakan tugas kawalan keselamatan di dalam dua koc wanita bermula 4 November 2013.

Difahamkan, pasukan yang tampil berpakaian operasi lengkap itu turut bekerjasama dengan anggota wanita KTM Berhad (KTMB) itu akan ditempatkan di kawasan pengangkutan awam termasuk komuter dan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Info Tentang Koc Khas Wanita :

  • Untuk gerabak bahagian tengah dengan tema " Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times"
  • Dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu yang dipamerkan di tingkap, pintu dan koc.
  • Di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi berhenti menerusi kain rentang yang dipamerkan dan tiang berwarna merah jambu.

Sekian,
http://senangtravel.blogspot.com

No comments:

Post a Comment