KUALA TERENGGANU, - Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu dengan sasaran 1,000 peserta berbasikal menyertai program Terengganu Monsoon Ride 2013 Sabtu, 26 November 2013.
Pengarahnya Mohd Sabri Zakaria berkata program anjuran kali kedua itu bertujuan mempromosikan tempat pelancongan di sekitar Terengganu dan antara program sampingan sempena Piala Monsun yang sedang berlangsung di Pulau Duyong di sini.
- Peserta perlu mengayuh sejauh 100 kilometer
- Melalui lima parlimen bermula dari Pulau Duyong, Parlimen Kuala Terengganu kemudian ke Hulu Terengganu, seterusnya ke Setiu dan berpatah balik melalui Parlimen Kuala Nerus sebelum sampai kembali ke Pulau Duyong.
- Melibatkan ahli kelab-kelab basikal dari seluruh Malaysia -turut mendapat beberapa penyertaan dari Thailand, Singapura serta Indonesia
Program kayuhan basikal secara santai itu diharapkan dapat memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan untuk dikunjungi setiap masa.
"Kita mahu ubah pemikiran masyarakat yang anggap Terengganu tidak dapat dilawati ketika musim monsun dan kita buktikan bahawa pemikiran itu salah kerana walaupun sedang berhadapan dengan monsun, kita masih dapat berbasikal tanpa halangan," kata Pengarahnya, Mohd Sabri Zakaria.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment