Thursday, 12 December 2013
Flying Fox Airways Tangguh Penerbangan yang Pertama Ipoh-Medan
Lee (right) said the company was forced to refund at least 17,000 ticket holders.
IPOH – Penerbangan Flying Fox Airways yang sepatutnya membuat penerbangan pertama Jumaat ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.
Flying Fox Airways memeterai perjanjian dengan syarikat penerbangan ketiga terbesar di Indonesia, Sriwijaya Air bagi penerbangan dari Ipoh ke Medan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Lee berkata, mereka menerima maklum balas melalui notis kepada juruterbang memaklumkan buat masa ini, hanya kapal terbang jenis ATR-72 (72 tempat duduk) dibenarkan mendarat di lapangan terbang tersebut.
Menurutnya, pihaknya mengutamakan keselamatan penumpang malah perniagaan penerbangan bukan perkara yang boleh dipandang remeh kerana lebih 160 nyawa dibawa.
“Kami akan kerap gunakan landasan itu, jadi dengan kapal terbang jenis Boieng 737-400 (163 tempat duduk) secara tidak langsung tidak boleh mendarat. Kami tidak mahu mengambil risiko.
“Dalam sejarah penerbangan Sriwijaya Air, bagi syarikat yang bekerjasama dengan kami, syarikat penerbangan itu tidak pernah mengalami sebarang kemalangan, jadi kami juga perlu menjaga reputasi tersebut,” katanya pada sidang media di sini.
Hadir sama, Pengurus Projek Flying Fox Airways, Litsa Francis.
Beliau berkata, disebabkan masalah tersebut, mereka terpaksa memulangkan semula semua bayaran tiket ditempah sebelum ini untuk penerbangan pada Disember 2013 dan Januari hingga Jun 2014, bagaimanapun semuanya berjalan lancar.
Katanya, sekiranya sehingga Jun 2014 Flying Fox Airways tidak dibenarkan untuk mendarat dengan Boieng 737-400, pihaknya akan membawa kapal terbang lebih kecil untuk memastikan warga negeri ini masih boleh terbang terus dari Ipoh.
___________
Komen : hairan saya macam mana company ni buat planning sebelum menjual tiket.
Foto : The Malay Mail Online, 12 Dec 2013
Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/penerbangan-ditangguh-sementara-waktu-1.229768
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/flying-fox-airways-grounded
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment