Pejam celi pejam celik, lagi 26 hari bukan lah lama. Umpama menunggu gaji masuk. lepas gaji masuk habis, kemudian tak lama lepas tu masuk lagi.. itu la kot rasanya..
Memang tujuan blog saya ni untuk mempromosikan industri pelancongan walaupun kerjaya saya tak berkait secara langsung dengan industri ni.
Untuk tahun 2014 saya akan lebih menumpukan topik-topik seperti
- Biodiversiti dan isu berkaitan Climate change
- Teknologi dalam industri pelancongan
- Inovasi yang berkaitan pelancongan
- Trend & perkembangan industri semasa
- Teknologi hijau dalam industri pelancongan.
cukup la kot skop di atas. Ingat nak masukkan juga pengalaman sendiri atau rakan2 yang pergi melancong tapi bilan pandang balik ke belakang, banyak mana la sangat saya ni pegi melancong.. tak dapek la den nak challenge blog-blog travel yang 'famous'2 tu.
Tahun Melawat Malaysia 2014 menyasar kedatangan pelancong seramai 28juta orang dengan 20.6juta pelancong dari Negara ASEAN.
Photo: The Star Online
Proboscis Monkey yang juga dikenali sebagai monyet hidung panjang (long-nose monkey) telah dipilih sebagai maskot VMY 2014 . Pemilihan mascot tersebut dikatakan “encapsulated the essence of Malaysia Truly Asia”.
Berita lanjut mengenai Proboscis Monket : Proboscis as VMY 2014
No comments:
Post a Comment