Friday 27 December 2013

3 Pelancong Asing Terkandas Akibat Monorel Melaka Rosak

Melaka: Keadaan di tebing Sungai Melaka, di sini, gempar seketika apabila tiga pelancong asing dikatakan terpaksa dibawa turun menggunakan jentera ‘sky lif’ pada ketinggian lebih lima meter selepas perkhidmatan Monorel Melaka dinaiki mengalami kerosakan, petang kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 6.45 petang itu, pelancong dari Melbourne, Australia berusia antara 30 hingga 50 tahun berada dalam kenderaan berkenaan yang terhenti di tengah perjalanan.
Mereka bagaimanapun dibawa turun beberapa kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Datuk Baharom Majid berkata, pihaknya mendapati masalah itu berpunca kerosakan pada fius bekalan kuasa kenderaan terbabit.
“Kerosakan berlaku dipercayai berpunca daripada kerja pembinaan sebuah premis di sekitar kawasan itu yang menyebabkan monorel berhenti secara tiba-tiba.
“Justeru, bagi mengelak ketiga-tiga pelancong itu menunggu terlalu lama, pengurusan mengambil keputusan menggunakan jentera terbabit bagi membawa mereka turun segera,” katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, perkhidmatan itu diberhentikan sementara waktu dan dijangka beroperasi semula dalam tempoh terdekat selepas proses membaik pulih selesai dilaksanakan.
alam tempoh terdekat selepas proses membaik pulih selesai dilaksanakan.
Foto
PENUMPANG dibawa turun dengan sky lif.

Sumber : Harian Metro, Jumaat 27 Disember 2013

No comments:

Post a Comment