Tuesday 24 June 2014

Jabatan Pelancongan Johor Mahu Tarik Pelancong Pontianak

PONTIANAK (Indonesia), 23 Jun 2014 (Bernama) -- Jabatan Pelancongan Negeri Johor mahu menarik lebih banyak pengunjung dari Indonesia khusus Pontianak yang merupakan ibu kota Kalimantan Barat.

Sehubungan itu, Penolong Pengarahnya Amirul Asyraf Ibrahim berkata pelbagai pakej menarik akan disediakan termasuk dari segi pelancongan kesihatan.

"Dengan jumlah penduduk menghampiri sejuta orang, kita yakin kapasiti kemasukan pelancong dari Pontianak dapat dipertingkat menerusi penerbangan terus Pontianak-Johor Baharu oleh syarikat penerbangan Indonesia, Xpress Air.

"Ini peluang yang mesti direbut pengendali dan ejen pelancongan Johor," katanya kepada wartawan yang mengikuti rombongan bersama Xpress Air, Jabatan Pelancongan Negeri Johor serta Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Johor, baru-baru ini.

Beliau berkata sebelum ini sudah terjalin kerjasama pelancongan antara Johor dan Kepulauan Riau.

Amirul Asyraf berkata selain berhampiran Johor, Pontianak mempunyai banyak persamaan budaya yang boleh menambat hati penduduknya untuk menjadikan Johor sebagai rumah kedua mereka.

"Sebelum ini penduduk Pontianak kerap berulang-alik ke Sarawak untuk melancong, melanjutkan pelajaran, membeli-belah atau mendapatkan rawatan, kini mereka boleh ke Johor dengan tempoh penerbangan kira-kira satu jam setengah dan tambang yang kompetitif," katanya.

Pengerusi Matta Johor, Kathryn Lee berkata pihaknya akan menganjurkan Matta Fair Johor di Kompleks Danga City Mall, Johor Baharu selama tiga hari mulai 15 Ogos ini untuk menarik pelancong Indonesia.

Beliau berkata Johor boleh dijadikan pintu masuk untuk pelancong Pontianak ke Singapura, Melaka dan Kuala Lumpur.

Pontianak turut memiliki destinasi pelancongan menarik, katanya.



-- BERNAMA

Monday 23 June 2014

Visa-free travel to US could be possible within 18 months

This is might be a good news for frequent travelers to US hassle-free trips to the country in the future.

Hamzah Rahmat, President of Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) said it would be great if Malaysians were able to travel without the need for a visa to the United States.

Important point ;

1. boost the outbound market towards the United States.
2. will increase tourist arrivals from the United States to Malaysia.

Visa-free travel to the United States could be possible within 18 months with the Immigration Department currently preparing to comply with US guidelines.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had said he was confident of the department fulfilling the US visa waiver programme (VWP) requirements sooner than expected.

VWP would allow citizens of participating countries to travel to the United States without a visa for stays of up to 90 days for tours or business.

source : The Star Online http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/07/Visafree-travel-to-US-welcomed-Tourists-and-agents-heartened-by-hasslefree-prospect-in-the-future/by-hasslefree-prospect-in-the-future/
June 7, 2014
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/16/Zahid-US-Visa-waiver-programme/ 
Jun3 16, 2014