Wednesday, 25 September 2013

Google Street -Peta 360 darjah di 18 lokasi di Malaysia

Google dengan kerjasama agensi Tourism Malaysia memperkenalkan Street View yang juga salah satu ciri Google Maps yang membolehkan pengguna melihat lokasi tertentu melalui visual langsung dengan imej panorama 360 darjah.
Buat masa ini, Google sedang ­merakam foto di beberapa lokasi di seluruh negara yang turut membuktikan komitmen syarikat itu dalam memastikan Malaysia memperoleh ciri Google Maps terbaik pada masa depan. 
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, berkata teknologi pemetaan Google akan membantu mewujudkan pe­ngalaman baru dalam dunia online di negara ini. 

“Mungkin Google boleh mempromosikan lagi lokasi warisan sejarah negara yang indah,” katanya.
Foto
KAMERA SV merakam foto dan dimuatkan dalam Google Maps.

Google berusaha melindungi privasi Google Maps dengan memba­ngunkan teknologi canggih yang dapat mengaburkan wajah manusia dan plat lesen kenderaan secara berkesan agar ia tidak dapat dikenal pasti.
Gambar dari website theskop.com

Di samping itu, Google akan ­bertindak pantas terhadap mana-mana permintaan yang diterima ­daripada pengguna untuk lebih mengaburkan apa-apa imej yang sensitif melalui aplikasi ‘report a problem’ yang terdapat di sudut bawah Google Maps. 

Pengurus Negara, Google Malaysia, Sajith Sivanandan, berkata Street View juga boleh membantu mewujud­kan kesan ekonomi yang berpanjangan melalui imej positif yang mencerminkan suasana majmuk negara ini. 

“Malaysia adalah sebuah negara majmuk dan sentiasa berkembang, oleh itu dengan menyediakan maklumat peta lebih berguna kepada pengguna dan perniagaan, ia membantu menambah nilai yang sedia ada,” katanya. 

Google turut mengeluarkan imej Street View baru 18 kawasan di seluruh Malaysia termasuk Taman Tasik Titiwangsa, Kuil Sri Subramaniam Batu Caves dan Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah. 

Imejan 360 darjah ini dikumpul menggunakan Street View Trike, ­iaitu kamera berasaskan basikal beroda tiga yang akan membolehkan rakyat Malaysia dan penduduk dunia meneroka secara maya destinasi indah di Malaysia melalui Google Maps. 

Ia juga memperkenalkan sistem kamera terbaru Trolley yang menyasarkan untuk merakam lebih banyak kawasan di luar jalan raya di Malaysia.

Artikel dari HMetro.com.my yang disiarkan pada 11 Sept 2013 dan tambahan dari penulis. 

No comments:

Post a Comment