Thursday 26 September 2013

’The Destination of the Year’ Jadi Rebutan Sarawak Tourism Board (STB)

KUCHING, Rabu — Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) berjaya menyertai finalis lain dalam London’s Leicester Square untuk merebut gelaran "The Destination of the Year".

Ia juga merupakan tahun pertama STB berjaya disenarai pendek, sehingga membolehkan STB berdiri setaraf dengan destinasi pilihan utama iaitu Brand USA, Pelancongan Australia dan Lembaga Pelancongan Barbados. Editor Travel Trade Gazette (TTG), Daniel Pearce, yang mewakli Pengurus Pemasaran Serantau STB berkata, pencapaian tersebut juga merupakan sijil untuk Sarawak disenaraipendekkan.
"Kami sangat gembira apabila disenaraipendekkan dalam anugerah ini. UK merupakan salah satu penyumbang utama dalam pasaran pelancongan dan ia juga telah melonjakkan perdagangan kami untuk tahun lepas," katanya yang juga Pengarah Brand. Jelasnya, kini keputusan strategik tersebut telahpun memberikan ganjaran.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh bersikap sambil lewa dan harus meneruskan usaha agar Sarawak menjadi juara," katanya. Pertandingan berprestij yang bertemakan Vintage Chic ini diadakan di Odean, Leceister Square.
Kemudian diikuti dengan jamuan malam yang diadakan di The Savoy Hotel. Acara ini juga merupakan acara tahunan terbaik bagi industri pelancongan. Untuk keterangan lanjut mengenai Sarawak, sila layari laman sesawang www.sarawaktourism. com.



Tambahan dari itu, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) muncul sebagai Pemenang Anugerah Emas 2013, Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) bagi Kempen Pengimejan Semula Pelancongan Sarawak dalam Media Pemasaran – Travel Advertisement Print Media.

Kali ini anugerah menarik minat 165 penyertaan daripada 60 organisasi dan individu dari seluruh dunia.
Malaysia memenangi dua Anugerah Emas PATA pada majlis penyampaian anugerah yang diadakan di Chengdu China baru-baru ini.
Selain STB, Frangipani Langkawi Resort & Spa turut memenangi anugerah itu bagi kategori Program Pendidikan-Alam Sekitar untuk "Eco-Walk & Training at the Frangipani" yang diterima oleh pemiliknya Anthony Wong.

Ketua Pegawai Eksekutif STB Datuk Rashid Khan hadir menerima anugerah tersebut.
Kempen cetakan berkonsep dan direka oleh Integated Strategic Communications, agensi kreatif STB.
“Ini satu lagi bukti usaha keras kami untuk terus mempromosikan Sarawak dalam arena pelancongan global.
“Ini merupakan anugerah antarabangsa ketiga diterima STB bagi kempen pengimejan semulanya.
“Tahun lepas kami memenangi hadiah emas pada majlis berprestij Golden Gate Award di Pameran Pelancongan ITB Berlin dan HSMAI Adrian Awards di New York,” kata Rashid.
Muncul daripada kempen pengimejan itu, LPS juga menyaksikan sejumlah 4,069,023 pelancong melawat Sarawak pada 2012 atau peningkatan sembilan peratus dalam bentuk kedatangan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Kedatangan pelancongan asing sahaja menunjukkan peningkatan sebanyak 12.4 peratus.
“Kami akan berusaha lebih keras dan melakukan yang terbaik tahun ini,” tambahnya.
Sementara itu pada 10 September lalu, STB antara pemain utama industri pelancongan dunia berkumpulan di Leicester Square, London pada majlis berprestijTravel Trade Gazette Awards  bagi meraikan pencapaian mereka sejak beberapa tahun
STB antara finalis yang berjaya membawa pulang anugerah tahunan paling hebat – Destinasi Terbaik Tahunan.
2013 menandakan tahun pertama STB menyertai anugerah itu dan kali pertamanya disenarai pendek.
STB bersama agensi-agensi pelancongan lain termasuk Brand USA, Tourism Australia dan Barbados Tourism Authority, Dubai Department of Tourism and Commerce Marketing telah dinobat sebagai pemenang.
Editor TTG dan Pengarah Jenama Daniel Pearce mewakili Pengurus Pemasaran Wilayah STB Maurice Balang membawa pulang sijil sebagai pengiktirafan pencapaian besar Sarawak kerana berjaya disenarai pendek sebagai penerima anugerah tersebut.
“Kami sangat gembira kerana telah disenarai pendek untuk menerima anugerah ini, UK merupakan antara pasaran pelancongan terbesar kami dan sejak beberapa tahun lepas, kami telah meningkatkan kerjasama dalam perdagangan, keputusan strategik dan kini hasilnya dapat dilihat.
“Bagaimanapun, kami mesti tidak membiarkan momentum ini turun sebaliknya akan terus berusaha untuk menjadikan Sarawak juara,” kata Pearce.

Sumber : 
www.mysarawak.org
www.utusansarawakonline.com
www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment