Monday 21 November 2011

Cara Memaksimumkan Tukaran Matawang


Apa yang saya catat disini adalah cara saya. Saya telah uji teorinya dan mungkin juga tak sesuai untuk anda yang membaca. Kalau buat tukaran yang kecil mungkin tak berbaloi guna cara ini.

Biasanya 'businessman' atau pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara akan membuat tukaran yang banyak dalam satu-satu masa.

Pengalaman saya buat tukaran GBP (Pounds) ke MYR (Ringgit),

Sedia maklum, jika kita buat tukaran matawang di bank, jumlah yang kita dapat kurang sedikit berbanding "Pengurup Wang Berlesen (Licensed Money Changer)".

Melihat pada papan di "Pengurup Wang Berlesen" sahaja tidak memadai. Nilai yang dipaparkan tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain.

Kadang-kadang saya lihat tukaran di KLCC lebih baik berbanding di sekitar Shah Alam/ Subang Jaya. Tapi kena fikirkan tol, parking dan sebagainya.

Untuk mendapat nilai yang maksimum, perlu mengambil kira kos lain juga seperti ;

1. Bayaran tol pergi balik
2. Bayaran parking jika di shopping complex.
3. Lain-lain -cth: makan, telefon.

-> rate setiap berbeza-beza. Ambil peluang bila tiba 'rate' yang baik.

Cara saya ;


1. Dapatkan kadar biasa yang boleh dilihat di internet atau sambil jalan-jalan di shopping complex boleh
    singgah lihat 'rate' di Licensed Money Changer.
  
    Bagi yang nak semak di internet, Website Bank Negara Malaysia ; Sila klik di Sini


2. Hubungi Pengurup Wang Berlesen. Call beberapa Money Changer yang berdekatan dengan tempat tinggal  untuk buat perbandingan.

3. Pastikan ambil nama dengan siapa kita bercakap dan tanya 'best rate' yang boleh dapat. Bahagian ni agak 'tricky' sedikit sebab bila dah sampai untuk buat tukaran, orang yang dikaunter akan sebut 'rate' yang biasa boleh bagi sehinggalah saya beritahu dengan siapa saya dapatkan 'best rate'.

Nilai tukaran Pounds ke Ringgit 3-4 minggu lepas


Saya boleh cadangkan jika yang tinggal sekitar KL, 'rate' yang baik ialah di Jalan Tunku Abdul Rahman atau di Jalan Bukit Bintang.

Saya harap idea saya berguna dan boleh disebarkan. Jika ada idea lain, boleh e-mail saya.

Sekian, terima kasih.


6 comments:

  1. Assalam..blh tlg emailkan tak kadar tukaran mata wang. .tq

    ReplyDelete
  2. Salam bro...nk tanya skit..mana lebih menguntungkan, tukar di malaysia or tukar di negara yang hendak dilawati

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau duit Malaysia tukar ke duit asing lebih baik tukar di malaysia sebab biasanya negara asing tak ada duit malaysia. atau tukar duit malaysia kepada matawang yang biasa orang guna cth dollar, Euro atau Pounds Sterling.

      Delete
  3. Saya nak tukar wang endland 50 dgn 20 paun

    ReplyDelete
  4. Cara tukar pound ke myr kat mana² money changer je ye? Bawak duit Dan mintak nk tukar cmtu je Kan? Huhu Mohon pencerahan tq

    ReplyDelete