Monday, 26 December 2011

Statistik Perkembangan Industri Pelancongan di Malaysia

Kuala Lumpur -antara destinasi tumpuan pelancong asing ke Malaysia
Dimana kedudukan negara kita Malaysia dalam Kedudukan International Tourist Arrivals ?

Sumber : World Tourism Organization

Statistik daripada World Tourism Organization menunjukkan angka yang sangat memberansangkan bagi sektor pelancongan Malaysia. Bagi rantau Asia & Pasific, Malaysia hanya berada di kedudukan kedua paling ramai menerima pelancong asing. 

Sumber : Tourism Malaysia
Melihat pada data di atas dari sumber website Tourism Malaysia, jelas menunjukkan peningkatan samada dari segi kedatangan pelancong asing mahu pun perbelanjaan pelancong.

Kepelbagaian Kaum & Budaya
PELUANG

Pada pendapat saya, pelancongan seluruh dunia makin berkembang secara keseluruhannya memandangkan kemudahan untuk melancong semakin mudah. Ini mewujudkan peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan berkaitan pelancongan seperti pengangkutan (cth : kapal terbang, kapal pelayaran, taxi), penginapan, dan tempat rekreasi.

Terima kasih pihak Tourism Malaysia yang giat mempromosikan "Malaysia Truly Asia" melalui iklan TV, pameran luar negara dan sebagainya. Rasa bangga juga bila melihat iklan negara kita Malaysia di TV UK.

Selain itu, dengan Malaysia menjadi hub contohnya : Hub Halal, Hub Islamic Finance, Business Events Hub dan sebagainya membantu menaikkan nama Malaysia.

Kesimpulanya, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah memanfaatkan peluang yang ada. secara langsung atau tidak langsung, kita dapat manfaat daripada pelancongan yang sedang berkembang. Kemudahan kita sendiri untuk melancong juga sudah mudah.

Sekian,

' Senang Travel '

Gambar Kuala Lumpur & Kesenian adalah dari kerjasama dengan Tourism Unit @ Kuala Lumpur City Hall.