KUALA LUMPUR 22 Nov. - Penerbangan Malaysia (MAS) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM478 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2011. Bagaimanapun, MAS telah mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak lima peratus kepada RM3.56 bilion untuk tempoh yang sama.
Menurut kenyataan MAS, kerugian tersebut disebabkan peningkatan kos bahan api dan kerugian tukaran asing dari pinjaman dalam dolar Amerika Syarikat (AS). ''Secara terkumpul kerugian bersih MAS pada masa ini berada pada RM1.2 bilion.
Sementara itu, beberapa inisiatif Rangka kerja Kerjasama Komprehensif (CCF) antara MAS, AirAsia Bhd. dan AirAsia X, juga akan direalisasikan.
-Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia 23/11/2011-
No comments:
Post a Comment