Friday 3 January 2014

Industri penerbangan dijangka pulih

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Industri penerbangan dijangka mengalami pemulihan pendapatan pada 2014 dengan pertumbuhan penawaran yang lebih tinggi dan petunjuk hasil masa depan yang positif, demikian menurut Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB).

Dalam nota penyelidikan hari ini, Maybank IB berkata, pertumbuhan penawaran yang diunjurkan pada 9-10 peratus, iaitu dalam pertumbuhan normal trafik penumpang Malaysia pada kadar lapan peratus setahun.

Nota itu berkata, dinamik penawaran-permintaan yang seimbang akan menyediakan tahap kuasa harga kepada syarikat penerbangan.

"AirAsia dan MAS telah menekankan bahawa mereka akan menggunakan pertumbuhan laluan sedia ada melalui penambahan kekerapan dan akan memperkenalkan hanya beberapa beberapa laluan baharu.

"Ini positif kerana laluan baharu cenderung untuk mempamerkan prestasi lemah dalam fasa awal daripada pertumbuhan dengan hasil yang lemah," katanya.

Maybank IB berkata, gabungan hasil dan kos unit yang lebih rendah akan meningkatkan pendapatan industri kepada anggaran RM652.7 juta, dengan majoriti berpunca daripada pengurangan 76 peratus dalam kerugian MAS, katanya.

Menurut Maybank IB, hasil telah disusun semula ke tahap baharu keseimbangan kerana kemasukan Malindo Air ke dalam pasaran. - BERNAMA


Sumber : Utusan Malaysia, 2 Jan 2013

No comments:

Post a Comment