http://www.youtube.com/watch?v=1U8aZFu1Ivw
Terbaru tiba-tiba Villa Nabila jadi sebutan gara-gara seorang budak yang kononnya hilang semasa jalan berkumpulan ke Villa Nabila.
David Teo juga dikatakan merancang untuk membuat filem Villa Nabila.
FAKTA : Villa Nabila
- Terletak di Jalan Skudai, berhadapan Teluk Danga / Danga Bay
- Terbahagi kepada 2 lot masing-masing seluas 0.297 dan 0.407 hektar
- Lot pertama menempatkan sebuat banglo setingkat
- Lot kedua menempatkan banglo tiga tingkat, kira-kira 15 meter daripada kediaman pertama.
- Dua bangunan tersebut tidak berpenghuni sejak lebih 30 tahun lalu.
Enam versi cerita berkaitan Villa Nabila
- Seorang gadis bernama Nabila yang kematian ibu bapanya, dibunuh orang gaji dan kemudian mayatnya disimen di dalam banglo berkenaan.
- Villa terbabit dirompak sekumpulan penjenayah kejam yang membunuh pemiliknya dan ahli keluarga yang lain termasuk anak perempuannya yang bernama Nabila.
- Villa terbabit dirompak sebelum penjenayah merogol anak pemilik villa, Nabila manakala mayatnya ditanam di sebalik dinding banglo terbabit.
- Pemilik banglo itu mengalami gangguan mental sebelum mengamuk dan menembak mati semua penghuni kediaman berkenaan termasuk anak perempuannya, Nabila.
- Villa dikenali sebagai Christine Palace milik seorang ahli perniagaan Eropah yang dibunuh pembunuh upahan yang diupak oleh adik beradiknya kerana merebut harta awal 1920-an.
- Villa tidak berpenghuni sejak lebih 30 tahun.
Sumber : Berita Harian, 21 Nov 2013
No comments:
Post a Comment