Tuesday, 5 May 2015

5 Cara Jimat dan Kurangkan Kos Petrol

5 cara mudah kurangkan kos petrol ;

1) Memandu dengan berhemah
memandu terlalu laju, brek tiba-tiba, dan menekan minyak secara mengejut boleh membazirkan petrol. Ada juga yang mencadangkan kurangkan penggunaan Aircond dengan membuka tingkap.

2) Memilih/membeli kenderaan yang jimat minyak atau menggunakan kenderaan hybrid/elektrik
Kenderaan yang di label 'EEV' iaitu Energy Efficient Vehicle adalah pilihan terbaik untuk kurangkan kos petrol.

3) Penyelenggaraan yang baik
tayar yang kurang angin akan menambah geseran pada jalan. ini akan menambah kos. juga pastiklan penapis udara / air filter bersih.

4) Membiarkan engin hidup
membiarkan enjin hidup tanpa bergerak adalah membazir. Pakar kenderaan menyatakan tidak perlu memanaskan enjin lebih 30 saat.

5) Elak membawa barangan berat
Kenderaan yang membawa barangan yang berat akan menggunakan petrol lebih. ini boleh dielak dengan tidak menjadikan kenderaan anda stor dokumen atau barang-barang yang tidak diperlukan.

No comments:

Post a Comment