Monday 9 March 2015

Dana RM1.6b bagi MAS NewCo dan 5 Kemajuan kritikal yang dicapai

MAS NewCo akan menerima RM1.6b dana daripada agihan Khazanah Nasional Berhad untuk fasa kedua penstrukturan semula MAS.

Daripada maklumat Utusan Malaysia, selepas 6 bulan program penyusunan semula MAS, ia telah mencapai

1. RM1.38 billion dibayar kepada pemegang saham seiring dengan kejayaan penurunan modal terpilih dan pembayaran balik (SCR), sebagai bahagian pertama pembiayaan pelaburan bersyarat sebanyak RM2 billion.

2. Saham MAS dinyahsenarai dari Bursa Securities pada 31 Disember 2014

3. Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbirran) 2015 (Akta MAS) berkuat kuasa pada 20 Februari 2015 setelah diluluskan Parlimen tahun 2014.

4. Christopher Mueller memulakan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (NewCo) pada 1 Mac 2015. Beliau juga Pengarah Bukan Eksekutif MAS, ekoran perlantikannya pada 1 Januari 2015.

5. Bergantung kepada hasil rundingan baharu katering, MAS dan Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC) pada 27 Februari 2015, memeterai Perjanjian bagi tempoh interim bermula 1 Oktober 2014 hingga 31 Mac 2015 merangkumi : 1. Pengurangan 25% bil bulanan kepada MAS, 2. Penyelesaian terhadap jumlah hutang MAS kepada BAC sebanyak RM37.95 juta, berbeza daripada RM94.03 juta yang dituntut.


No comments:

Post a Comment