Tuesday, 15 October 2013

10 Tip Persediaan Melancong Ke Luar Negara Part 2

Sambungan dari Part 1

http://senangtravel.blogspot.com/2013/10/10-tip-persediaan-melancong-ke-luar.html 

Tip Persediaan Melancong ke Luar Negara  Part 2

11. Pengangkutan
Bagi yang memilih menggunakan travel agent, masalah pengangkutan mungkin kurang mengganggu percutian. Namun, bagi yang merancacng percutian sendiri, mestilah menyelidikan pilihan pengangkutan yang murah dan menyenangkan. Contohnya semasa saya merancang perjalanan dari airport di Paris ke hotel, menggunakan bas adalah lebih lama berbanding keretapi dan lebih mahal.

12. Rancang
Bagi menjimatkan perbelanjaan, tenaga dan masa, itinerary perlulah disediakan. Ini mengelakkan daripada sesat dan memanfaatkan masa yang terhad. Di anjurkan untuk mengunjungi tempat menarik yang berhampiran dahulu. Daripada perancangan, perkara tersebut boleh diatur ;
1. Jenis pengangkutan lokasi pilihan
2. Bayaran tambang
3. Tempat makan bila berhenti rehat
4. Fasiliti terdekat untuk uruskan anak-anak 

13. Kongsi Barang
Berkongsi barang boleh dijadikan option bagi yang travel berkumpulan. 

14. Kurangkan Pakaian
Pakaian yang dibawa jangan terlalu banyak. Bagi backpackers, kurang berat beg memudahkan perjananan. Pakaian yang dibawa hendaklah sesuai dengan destinasi yang dituju.  Membawa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor untuk diasingkan dari yang bersih selain mengasingkan pakaian basah dari yang kering. 

15. Beg Pakaian
Beg pakaian mestilah yang sesuai dibawa dan sesuai denga perancangan. Maksud saya, jika merancang untuk tidak membayar caj bagasi / 'luggage fee', berat beg dan isi kandungan hendaklah kurang dari had yang ditetapkan. 

Untuk keselamatan, beg digantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon. Beg juga hendaklah dikunci dengan mangga atau 'padlock' untuk mengelakkan dibuka orang yang tidak bertanggung jawab.

Saya biasanya mengikat riben atau tali yang unik yang sama untuk setiap beg bagi memudahkan kita mengenalpasti beg dan mengelakkan kekeliruan semasa mengambil beg setiba di airport. 

16. Makanan
Pastikan tempat makanan yang dipilih bersih dan halal (bagi yang muslim). Melancong ke luar negara mungkin sukar mendapatkan makanan halal. Jadi, boleh bawa makanan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin, biskut, air minuman dan lain-lain. Hendaklah di ingat terdapat makanan yang tidak dibenarkan dibawa melalui airport. 

17. Cenderahati / Shopping

Dapatkan maklumat dimana kawasan yang murah menjual cenderahati. Membeli cenderahati berlebihan antara sebab beg berat, jadi pilih-pilih lah cenderahati yang sesuai. Biasanya orang akan membeli 'fridge magnet', keychain, dan produk unik yang melambangkan tempat tersebut.

18. Kamus
Membawa buku kamus sudah tidak praktikal sekarang dengan adanya teknologi. Install Smartphone anda dengan aplikasi kamus atau aplikasi bahasa negara ditujui memudahkan.

19. Dana Kecemasan
Terdapat saranan untuk memperuntukkan 20 peratus dari anggaran perbelanjaan untuk dana kecemasan. Boleh digunakan jika berlakunya insiden yang tidak dijangka seperti sakit, kerosakan kenderaan, dan menampung perbelanjaan yang tidak terfikir dalam perancangan. 

20. Keselamatan
Perkara utama yang perlu diambil perhatian ketika merancang percutian ialah keselamatan. Pencuri / penyeluk saku sentiasa ada dimana-mana di destinasi dunia ini. Malah ada yang digelar profesional. Jangan mudah ditipu ketika berada di luar negara. Pelbagai jenis 'scam' terdapat di luar sana. Lokasi penginapan juga perlu diambil kira. 


Semoga percutian anda sesuatu yang bakal dikenang sepanjang hayat..


Tips Mendapatkan Tukaran Matawang Asing Yang Terbaik ;

http://senangtravel.blogspot.com/2011/11/kaedah-maksimumkan-tukaran-matawang.html 


No comments:

Post a Comment