Monday, 8 October 2012

Perancang Bandar, Pengurus Pelancong Berperanan Penting Dalam Pembangunan Pelancongan

Kuala Lumpur, 1 Okt (Bernama) -- Perancang bandar dan pengurus pelancongan memain peranan penting memastikan pembangunan pelancongan yang lestari disokong oleh dasar-dasar perbandaran keseluruhan selain memenuhi keperluan penduduk bandar raya dan pengunjungnya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata semua peringkat rancangan pembangunan pelancongan adalah mustahak bagi memperoleh pembangunan dan pengurusan pelancongan lestari.

"Pengalaman dari banyak kawasan pelancongan di dunia menunjukkan bahawa dalam jangka panjang, pendekatan terancang untuk memajukan pelancongan boleh membawa manfaat tanpa menimbulkan masalah selain mengekalkan kepuasan pasaran pelancongan," kata beliau semasa merasmikan Persidangan Bandar Raya Pelancongan Global (GTCC) 2012 di sini, Isnin.

Datuk Ahmad Phesal.  Gambar sumber dari NST
Ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) DBKL, Datuk Zulkifli Ibrahim.

Ahmad Phesal berkata tempat-tempat yang membolehkan pelancongan berkembang tanpa menerusi perancangan sering dibelenggu masalah alam sekitar dan sosial.

--BERNAMA

Nota :

Datuk Ahmad Phesal berusia 58 tahun dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuatkuasa 18 Julai 2012 untuk 2 tahun menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.