Wednesday, 18 January 2012

Air Asia X ke Europe & India di Tamatkan!

Berita 2-3 hari yang lalu saya rasa banyak membuatkan kawan-kawan kaki travel kita' frust'. Apa tidak nya, laluan utama tambang murah dari Malaysia ke Eropah (London & Paris) dan India (mumbai & Delhi) akan ditamatkan seperti tarikh berikut ;

1. Mumbai - 31 Januari 2012
2. Delhi - 22 Mac 2012
3. London - 31 Mac 2012
4. Paris - 30 Mac 2012

Penamatan laluan tersebut menurut CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani adalah disebabkan harga minyak dan keadaan ekonomi Europe.

Manakala bagi laluan Mumbai & Delhi adalah berkaitan masalah VISA dan juga kenaikan caj airport & handling.

Pastinya keputusan menamatkan laluan ini menghampakan kawan-kawan yang sudah berangan-angan ke destinasi tersebut. Saya sangatlah berharap MAS yang mempunyai peluang baik ke London agar menawarkan harga yang terbaik dan kompetitif! Jadi tak banyak lah orang mengeluh "now not everyone can fly".

CEO nya menafikan keputusan yang diambil disebabkan MAS.

Berita baik nya pula, bagi yang dah simpan ang pau, boleh berangan untuk ke sydney pula. Laluan baru Air Asia X ini akan bermula pada 1 April 2012 dengan tambang sehala bermula dengan harga RM199.


Teringat berita tahun 2009 dulu, seorang wanita yang melahirkan anak dalam penerbangan ke penang-kuching mendapat tiket percuma seumur hidup. Kebetulan sungguh ada doktor dalam penerbangan yang sama!



Thursday, 12 January 2012

Anugerah Pelancongan Malaysia

Info yang saya ambil dari akhbar  Utusan 23/12/2011 



Anugerah Pelancongan Malaysia 2010/2011 berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20hb Disember 2011.

Tahniah kepada semua pemenang!!

 ANUGERAH KHAS MENTERI PELANCONGAN 
-YBhg. Dato' Profesor Jimmy Choo (OBE)  : Website , Wikipedia
 Pereka Kasut Tersohor Antarabangsa
-YBhg. Datuk Redzuawan Ismail (Chef wan)  : Website , Wikipedia
 Chef Selebriti

 PENGUSAHA PELANCONGAN TERBAIK 
-In Bound
 Mayflower Acme Tours Sdn Bhd   : Website
-Domestik
 Pearl Holiday (M) Travel & Tours Sdn Bhd   : Website

 PENGUSAHA PELANCONGAN ANTARABANGSA BERINOVASI 
-Eropah
 Airways Travel GMBH (German)
-Timur Tengah / Afrika
 Thompson Holidays (Afrika Selatan)
-Asia Selatan
 D'Paul's Travel & Tours Ltd. (New Delhi, India)
-ASEAN
 Five Stars Tours PTE. LTD. (Singapura)
-Asia Timur
 Guangdong Nanhu International Travel Services (Guangzhou, PRC)
-Amerika
 GTS Globotours (USA)
-Oceania
 New Horizons Holiday (Perth Timur, Australia)
-Anugerah Juri Khas
 1. Panorama Tours (Indonesia)
 2. Pan Bright Travel Services (Brunei)
 3. Sunny Tours Co. Ltd. (Thailand)

 PENULISAN PELANCONGAN KREATIF MENGENAI MALAYSIA 
-Penulis Tempatan Terbaik (Bahasa Melayu)
 'Agenda Selangor, Intip (Little England)' oleh Norwahidah Che Musa, Majalah Libur, Disember 2010

-Penulis Tempatan Terbaik (Bahasa Inggeris)
 'Hooked On High Adventure' oleh Zalina Mohd. Som, New Straits Times, September 2010

-Penulis Terbaik Media Asing
 'The Jungle Gene' by Cheryl Ann Couto, Lonely Planet Publications.

 MAJALAH PELANCONGAN BERINOVASI 
-Majalah Pelancongan Tempatan
 Majalah : Libur
 Penerbit : Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

-Majalah Pelancongan Antarabangsa
 Majalah : Senses of Malaysia
 Penerbit : The Expat Group (Borneo Vision Sdn Bhd)

 PERKHIDMATAN HOTEL (BAGI SEMUA PENARAFAN BINTANG) 
-5 Bintang (Bandar)
 Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur

-5 Bintang (Resort)
 Shangri-La's Rasa Ria Resort, Sabah

-4 Bintang (Bandar)
 Holiday Inn Melaka

-4 Bintang (Resort)
 Golden Sands Resort, Pulau Pinang

-3 Bintang & Kebawah
 Cititel Midvalley Kuala Lumpur

 TARIKAN PELANCONGAN BERINOVASI 
(SEMULAJADI/EKO)
-Cemerlang
 Mulu National Park, Sarawak : Website
-Merit
 Kawasan Konservasi Lembah Danum

(BUATAN MANUSIA/AGRO/SENI&BUDAYA)
-Cemerlang
 Melaka River Cruise, Melaka
-Merit
 Lost World of Tambun, Perak

 PROGRAM PELANCONGAN BERINOVASI 
-Cemerlang
 Ulu Ai-Longhouse Life oleh Borneo Adventure Tours
-Merit
 A Nite @ Museum - Muzium Samudra oleh Perbadanan Muzium Melaka & NAZA Talyya Hotel

 PEMANDU PELANCONG TERBAIK 
-Cemerlang
 Encik Shaukani Abbas
-Merit
 Encik Ahmad Redza Abdullah
-Bintang Baru
 Encik Bobby Weslee B. Rohani

 PUSAT MEMBELI-BELAH BERINOVASI 
-Cemerlang
 Sunway Pyramid
-Merit
 Mid Valley Megamall

 MICE TERBAIK 
-Acara
 World Congress of Accountants 2010
-Penganjur
 Malaysia Institute of Accountants

 HOMESTAY BERINOVASI 
Homestay Walai Tokou, Kundasang, Sabah
-Penyumbang Terbaik Kepada Ekonomi Luar Bandat Malaysia
 Homestay Banghuris, Sepang, Selangor.

 SPA BERINOVASI 
The Spa at Four Seasons Resort Langkawi.

Tuesday, 10 January 2012

Kelemahan statistik faktor pelancongan kurang daya saing



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kelembapan maklumat mengenai statistik keluar dan masuk pelancong di Malaysia dilihat menjadi antara faktor utama sektor berkenaan kurang berdaya saing. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Matta), Datuk Mohd. Khalid Harun berkata, statistik berkenaan penting untuk dijadikan asas utama dalam merangka perancangan untuk sektor pelancongan.

Menurutnya, jika data semasa yang diperoleh adalah rekod untuk setahun lalu, maka ia sudah tidak relevan kerana situasi semasa dunia dan tempatan berubah dengan pantas. "Kenapa negara lain terutamanya jiran terdekat kita mampu mengeluarkan statistik lengkap dalam tempoh sebulan sahaja? Kenapa kita tidak boleh? "Saya sudah beberapa kali menghadiri persidangan luar negara dan apabila tiba sesi membentangkan statistik tempatan, saya berasa sangat malu kerana datanya sudah 'basi','' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mohd Khalid berkata, statistik keluar dan masuk pelancong di Malaysia tidak boleh dipandang ringan kerana data tersebut sangat dikehendaki oleh perniagaan tempatan dan juga pelabur asing. Katanya, pihak yang sepatutnya membuat dan mengeluarkan statistik berkenaan perlu lebih proaktif dan membuat perubahan dalam operasi mereka agar lebih pantas seperti negara lain.

"Data tersebut sangat penting, darinya kita boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada. Oleh itu, jika data diperolehi dengan tepat maka perancangan akan menjadi lebih berkesan. "Data berkenaan juga boleh menjadi kayu pengukur kepada setiap perancangan dan program yang dilakukan oleh kerajaan dalam sektor pelancong sama ada berjaya atau tidak. Jika lambat didedahkan maka program seterusnya pasti tidak banyak perubahan,'' jelasnya.

Beliau berkata, antara kelemahan jabatan kerajaan yang menyediakan statistik adalah terlalu banyak perkara perlu dirahsiakan dan pelbagai alasan diberikan apabila sesuatu data diminta. "Ada data yang perlu dirahsiakan dan ada yang tidak. Bagi sektor pelancongan kenapa perlu dirahsiakan? Sampai bila perkara seperti ini hendak dibiarkan.
"Tidak boleh didedahkan atau mereka tidak melakukan kerja?" tegasnya sambil berharap kerajaan dapat melakukan transformasi ke atas jabatan yang terlibat.

Tambah beliau, sektor pelancongan melibatkan perniagaan juga dan statistik merupakan tunjang utama kepada baringan pengurusan dalam membuat perancangan baharu demi membangunkan perniagaan.
"Statistik nampak seperti kecil oleh pihak tertentu tetapi ia adalah petunjuk atau rujukan paling berharga kepada pihak yang lain,'' ujarnya.

-Petikan dari Utusan Malaysia 9 Januari 2012

Tuesday, 3 January 2012

Malaysia 's Tourism Event for 2012

Selamat Datang Tahun 2012! Welcome Year 2012!

January 2012
Chinese New Year -Dragon Year


  •  Open House Celebration Chinese New Year










February 2012
Thaipusam Celebration











  •  Thaipusam
  • Book Expo 1Malaysia (1-6 February 2012)
March 2012
Grand Prix at Sepang International Circuit
  •  1Malaysia GP Sale (10 Mac-15 Apr)
  •  2012 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix (23-25 Mac)








April 2012
  •  Malaysia International Shoe Festival 2012

May 2012
  • Colours of 1Malaysia
  • Tadau Kaamatan
  • Borneo Jazz Festival

June 2012
  • Gawai Dayak Festival
  • Karnival Jualan Mega 1Malaysia (15 June-02 Sept)

July 2012
  • 1Malaysia International Tourism Night Floral Parade 2012
  • KL Fest
  • Rainforest World Music Festival
  •  Ramadhan Bazar (July-Aug)
  • 1Malaysia Contemporary Arts Tourism Festival (July-Sept)
Ramadhan Bazar










August 2012
  •  Malaysia Independence Day (31st August)









September 2012
  •  Open House Celebration Aidil Fitri / Eid Ul-Fitr
  • Malaysia Day Celebration
  • 1Malaysia Tanglung Festival









October 2012
  • Fabulous Food 1Malaysia (Oct-Dec)
  • PGA Tour -CIMB Asia Pasific Classic
  • Rhythm of Kinabalu "Rhythm of Mountain"
  • Penang Island Jazz Festival 
  • Open House Celebration Deepavali
Deepavali












November 2012
  •  Fabulous Food 1Malaysia - Warisan Makanan Asean
  • Raja Muda Selangor Regatta
  • Year End Sales 1Malaysia (10 Nov-1 Jan)







December 2012
  • Dance Tourism Carnival Cuti-Cuti 1Malaysia 

*all the pictures taken from Google