KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kelembapan maklumat mengenai statistik keluar dan masuk pelancong di Malaysia dilihat menjadi antara faktor utama sektor berkenaan kurang berdaya saing. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Matta), Datuk Mohd. Khalid Harun berkata, statistik berkenaan penting untuk dijadikan asas utama dalam merangka perancangan untuk sektor pelancongan.
Menurutnya, jika data semasa yang diperoleh adalah rekod untuk setahun lalu, maka ia sudah tidak relevan kerana situasi semasa dunia dan tempatan berubah dengan pantas. "Kenapa negara lain terutamanya jiran terdekat kita mampu mengeluarkan statistik lengkap dalam tempoh sebulan sahaja? Kenapa kita tidak boleh? "Saya sudah beberapa kali menghadiri persidangan luar negara dan apabila tiba sesi membentangkan statistik tempatan, saya berasa sangat malu kerana datanya sudah 'basi','' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Mohd Khalid berkata, statistik keluar dan masuk pelancong di Malaysia tidak boleh dipandang ringan kerana data tersebut sangat dikehendaki oleh perniagaan tempatan dan juga pelabur asing. Katanya, pihak yang sepatutnya membuat dan mengeluarkan statistik berkenaan perlu lebih proaktif dan membuat perubahan dalam operasi mereka agar lebih pantas seperti negara lain.
"Data tersebut sangat penting, darinya kita boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada. Oleh itu, jika data diperolehi dengan tepat maka perancangan akan menjadi lebih berkesan. "Data berkenaan juga boleh menjadi kayu pengukur kepada setiap perancangan dan program yang dilakukan oleh kerajaan dalam sektor pelancong sama ada berjaya atau tidak. Jika lambat didedahkan maka program seterusnya pasti tidak banyak perubahan,'' jelasnya.
Beliau berkata, antara kelemahan jabatan kerajaan yang menyediakan statistik adalah terlalu banyak perkara perlu dirahsiakan dan pelbagai alasan diberikan apabila sesuatu data diminta. "Ada data yang perlu dirahsiakan dan ada yang tidak. Bagi sektor pelancongan kenapa perlu dirahsiakan? Sampai bila perkara seperti ini hendak dibiarkan.
"Tidak boleh didedahkan atau mereka tidak melakukan kerja?" tegasnya sambil berharap kerajaan dapat melakukan transformasi ke atas jabatan yang terlibat.
Tambah beliau, sektor pelancongan melibatkan perniagaan juga dan statistik merupakan tunjang utama kepada baringan pengurusan dalam membuat perancangan baharu demi membangunkan perniagaan.
"Statistik nampak seperti kecil oleh pihak tertentu tetapi ia adalah petunjuk atau rujukan paling berharga kepada pihak yang lain,'' ujarnya.
-Petikan dari Utusan Malaysia 9 Januari 2012

No comments:
Post a Comment