Tuesday 8 October 2013

10 Tip Persediaan Melancong Ke Luar Negara Part 1

Saya rasa banyak blog travel yang menyentuh tentang perancangan ke luar Negara, namun rasanya tidak lengkap jika blog saya tiada topic ini.


Oleh itu, antara persediaan yang perlu dilakukan ialah ;

1. Menabung
Mempunyai banyak wang yang mencukupi amat penting di sampaing budget untuk travel plan masing-masing. Kalau bercuti bersama keluarga tentulah budgetnya lebih berbanding cuti jenis backpackers. Ini terpulang pada 'Percutian Ideal' masing-masing. Asingkan duit unutuk bercuti ke dalam tabung khas.

2. Survey / Cari maklumat
 Ini juga salah satu kaedah mengurangkan kos perbelanjaan bercuti. Cuba survey ;
*Destinasi
*Harga tiket pengangkutan
*Tiket theme park/event yang dituju
Pada hari minggu, kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa.

Kebiasaannya di Europe, ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji / winter.

3. Pakej Promosi
Untuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh Negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat Negara/Tempat tersebut. Contohnya Tahun Melawat Malaysia 2014 banyak diadakan acara menarik yang disampingnya terdapat promosi pakej pelancongan yang menarik.

4. Agensi Pelancongan
Ada juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan/menyenangkan rancangan percutian, ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ke destinasi. Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu atau membuang masa  untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan, ini menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya bas/van.

5. Tarikh Sesuai
Memmastikan tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindan dengan aktiviti-aktivit lain. Sebaiknya tarikh tersebut tiga bulan awal selain menyiapkan tugasan yang patut sebelum bercuti.

6. Tempahan Awal
Tempahan awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempahan saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib baik, anda juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa. Bagi tempahan hotel contohnya pada saat akhir, terdapat website yang menawarkan harga murah. Bagi mereka, lebih baik ada yang menginap daripada tiada langsung. Tapi ini adalah risiko yang mungkin berbaloi.

7. Wang Tunai
Wang tunai penting terutama berbelanja di luar Negara. Bagi yang menggunakan kredit kad, perlu teliti caj yang dikenakan. Pastikan kad debit/kredit anda diaktifkan untuk penggunaan luar Negara.

8. Checklist
Menyediakan checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa untuk mengelakkan barang tertinggal terutamanya Dokumen Penting!

9. Dokumen
Dokumen penting perlulaj disediakan lebih awal -passport, cek kembara, kad pengenalan, surat doctor (untuk yang mengandung dan yang tidk sihat), tiket kapal terbang.

10. Peta
Ini adalah option, cuma ia sangat membantu. peta destinasi memudahkan anda merancang jenis pengangkutan ke tempat-tempat menarik.


Sambungan Part 2 ;

http://senangtravel.blogspot.com/2013/10/10-tip-persediaan-melancong-ke-luar_15.html

Selain itu, artikel lain yang boleh memberi panduan berkenaan bagaimana untuk mendapatkan tukaran matawang yang baik ;

http://senangtravel.blogspot.com/2011/11/kaedah-maksimumkan-tukaran-matawang.html

No comments:

Post a Comment