Showing posts with label Glasgow. Show all posts
Showing posts with label Glasgow. Show all posts

Wednesday, 16 November 2011

Wee Walk : Byres Road, Glasgow.

Kali ini, tulisan saya lebih tertumpu kepada yang nak bercuti di Glasgow lama sikit terutama sanak-saudara atau rakan-rakan yang belajar disini.

Saya pilih Byres Road hanya untuk mereka yang nak jalan santai.
Di mana Byres Road, Glasgow, Scotland? ;

Kawasan Westend & City Centre
Sila klik untuk besarkan Peta
Byres Road terletak dikawasan West End, Glasgow dan mengikut rekod di internet, ia pernah mengalami banjir pada tahun 2001.
 Bus 'Sightseeing Glasgow' melalui Byres Rd. 
Antara tarikan utama yang hampir ialah ;

- Botanic Garden
- Universiti of Glasgow
- Hunterian Art Gallery
- Kelvingrove Park


Saya menggambarkan Byres Road sebagai kawasan 'shopping' kecil.
Botanic Garden, di penghujung jalan Byres Rd.

Majalah 'Big Issue' dijual oleh 'homeless' sebagai mata pencarian yang sah. untuk bacaan lanjut tentang Big Issue sila klik di sini

Jadi terpulang kepada yang membeli jika mahu membayar lebih dari harga majalah GBP2.00.





Kedai Papyrus


Banyak barang-barang menarik yang boleh dijadikan hadiah di kedai Papyrus.




Antara barang menarik di Papyrus

Hillhead Library ni masuk percuma, bagi yang tinggal di Glasgow bolehlah mengambil kesempatan dengan aktiviti seperti Bounce and Rhyme, pinjaman CD, DVD, blu-ray dan pelbagai lagi. Pada yang berhajat meminjam buku, maksimum boleh pinjam sampai 12 buku dengan syarat ada kad ahli. hmm.. no wonder my wife selalu kata buku saya mengalahkan orang buat PhD!!
Hillhead Library 
Ini yang membuat kan saya kabur mata!! -lagi pun payah nak pinjam buku di Malaysia.
Hilton Hotel ->pada yang ada budget lebih


Waitrose
Waitrose ialah rangkaian supermarket yang bermula di England. Setakat ini di Scotland hanya ada 3 cawangan Waitrose (2 Edinburgh, 1 Glasgow).

Tips : jika susah nak cari parking di Byres Rd, boleh parking di Waitrose sekejap. Harga barang di Waitrose boleh kata lebih mahal sikit berbanding retailer lain.



Oxfam Bookshop


Menyusuri jalan selepas Hillhead Library adalah Oxfam Bookshop. Oxfam merupakan sebuah badan kebajikan. Maklumat lanjut sila klik di sini.


Tips : Banyak juga 'second hand books' yang menarik disini. Pada saya, kalau nak beli buku, kadang kala di internet lebih murah dari harga 'second hand books' sini. Saya selalu buat perbandingan harga, jadi saya tau. Maklumlah duit tak berapa ada sangat kan.


pharmacy Boots

Simpang menuju ke Library University of Glasgow
Saya & Abg Din selalu membeli donut disini sebelum pergi 'menoreh'
Haih.. mana-mana pun ada ni..

Hillhead Subway Station


Hillhead Subway Station salah satu station bagi Glasgow Subway.


Glasgow Subway berusia lebih 100 tahun merupakan yang ke 3 tertua di dunia selepas London Underground , dan Budapest Metro!






Grosvenor Cinema


Ashton Lane ialah lorong kecil yang antaranya terdapat Grosvenor Cinema dan Restoran Ketchup.


Saya bertanya di Kechup, dimaklumkan menu halal sudah dimansuhkan. 


Grosvenor Cinema sesuai juga untuk yang ada anak kecil atas 18 bulan. Ada juga slot tayangan 'watch with baby'. 




Ashton Lane
Masala Twist, Indian Cuisine yang ada menu  Halal  ;
Masala Twist

Yes, itu dia University of Glasgow
Bahagian ke selatan Byres Rd, kebanyakkannya pejabat 'property agents'. 

Kedai gunting rambut ini mengingatkan saya bagaimana saya berjimat. Jarang saya menggunting rambut di kedai memandangkan sekali perkhidmatan dikenakan GBP7.00.

Ini sudah seperti 5 kali gunting rambut di Malaysia. Seingat saya paling lama tak menggunting rambut di kedai ialah 5 bulan.


Sedikit info :
*solat - masjid/surau berhampiran -> Dawatul Islam . Sila Klik
                                                    -> Al-Furqan. Sila Klik
                                                    -> University of Glasgow (untuk solat Jumaat) . Sila Klik

*bus -> 44/44A, 16, 20

Boleh e-mail saya di senangtravel@gmail.com

"Enjoy your wee walk.."

Travel Log -London Gatwick to Glasgow

I'm arrived at Glasgow Airport on Monday 14 Nov 2011!!


Departed at 7.30am
By easyJet from London to Glasgow
Arrived at 9.05am
View at Glasgow International Airport


It is better to wait here.. (avoid parking charges.. Glasgow Airport Parking Charges )

This is normal gloomy of Glasgow. Temperature is 11 Celsius. 

Behind waiting area, there is a big poster.. interesting place to go in Scotland in winter time..
Scotland -winter time!!
Its about 10 minute from airport to the hotel or to city centre.


Ok, need to get a rest!! zzzzz.....

Saturday, 12 November 2011

My Itinerary Kuala Lumpur to Glasgow by Air Asia & Easy Jet

Hi, i just bought ticket to Glasgow just a day before flight date. I'll staying for 2 week in Glasgow accompany my wife for viva. I think if I buy it earlier I might get best low price. Ok, here is the price ticket ..


Air Asia ~ Kuala Lumpur to London (Gatwick-new airport for AirAsia)  -return ticket
                  GBP553.61 or MYR2,686

Easy Jet ~ London to Glasgow -return ticket
                  GBP115.00


Tips to share : You can save some money by using the right type of card when you make booking online!