Monday 16 December 2013

Meninggal Dalam Pesawat AirAsia dari KK-Penang

Sebuah pesawat AirAsia yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang wanita warga emas yang mengadu mengalami sakit dada kemudiannya tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas tiga kali pengsan sejak pesawat berlepas kira-kira jam 1.30 petang.

Penumpang, Annie Dunlop, 71, yang berasal dari Sandakan dipercayai pergi ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan penyakit hati yang dialaminya.

Mangsa yang mengadu mengalami sakit dada memaksa pendaratan kecemasan dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar jam 2.50 petang sebelum dia disahkan meninggal dunia selepas itu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tujuan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Pauzi Bujang berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang dan pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

12 Dec 2013

Sumber :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

http://www.theborneopost.com/2013/12/14/wanita-sakit-dada-dalam-pesawat-meninggal-di-ltak/

http://malaysianreview.com/34467/penumpang-meninggal-dalam-pesawat-airasia-buat-pendaratan-cemas/

No comments:

Post a Comment