Saturday 22 September 2012

Malaysia Sasar 36 Juta Pelancong Menjelang 2020

GEORGE TOWN: Malaysia yakin mencapai sasaran jumlah pelancong sebanyak 36 juta orang menjelang tahun 2020, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Kenyataan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Pelancongan, Ritzeraynn Rashid berkata, kementerian itu juga menyasarkan jumlah pelancong sebanyak 25 juta orang pada tahun ini.

Katanya, laporan media semalam yang memetik bahawa kementeriannya yakin mencapai sasaran sebanyak 36 juta pelancong pada akhir tahun ini adalah tidak tepat.

Ng juga dipetik sebagai berkata, keyakinan untuk mencapai sasaran jumlah pelancong itu adalah berdasarkan statistik jumlah pelancong yang semakin meningkat.
Katanya, statistik terbaru setakat semalam mencatatkan sebanyak 24.7 juta pelancong telah mengunjungi negara ini. - BERNAMA 19 Sept 2012

1 comment:

  1. Mudah2an Malaysia dapat semakin mempertingkatkan faciliti terbabit.

    ReplyDelete