Apa yang saya catat disini adalah cara saya. Saya telah uji teorinya dan mungkin juga tak sesuai untuk anda yang membaca. Kalau buat tukaran yang kecil mungkin tak berbaloi guna cara ini.
Biasanya
'businessman' atau
pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara akan membuat tukaran yang banyak dalam satu-satu masa.
Pengalaman saya buat tukaran GBP (Pounds) ke MYR (Ringgit),
Sedia maklum, jika kita buat tukaran matawang di bank, jumlah yang kita dapat kurang sedikit berbanding "Pengurup Wang Berlesen (Licensed Money Changer)".
Melihat pada papan di "Pengurup Wang Berlesen" sahaja tidak memadai. Nilai yang dipaparkan tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain.
Kadang-kadang saya lihat tukaran di KLCC lebih baik berbanding di sekitar Shah Alam/ Subang Jaya. Tapi kena fikirkan tol, parking dan sebagainya.
Untuk mendapat nilai yang maksimum, perlu mengambil kira kos lain juga seperti ;
1. Bayaran tol pergi balik
2. Bayaran
parking jika di
shopping complex.
3. Lain-lain -cth: makan, telefon.
-> rate setiap berbeza-beza. Ambil peluang bila tiba 'rate' yang baik.
Cara saya ;
1. Dapatkan kadar biasa yang boleh dilihat di internet atau sambil jalan-jalan di
shopping complex boleh
singgah lihat 'rate' di Licensed Money Changer.
Bagi yang nak semak di internet, Website Bank Negara Malaysia ;
Sila klik di Sini
2. Hubungi Pengurup Wang Berlesen. Call beberapa Money Changer yang berdekatan dengan tempat tinggal untuk buat perbandingan.
3. Pastikan ambil nama dengan siapa kita bercakap dan tanya 'best rate' yang boleh dapat. Bahagian ni agak 'tricky' sedikit sebab bila dah sampai untuk buat tukaran, orang yang dikaunter akan sebut 'rate' yang biasa boleh bagi sehinggalah saya beritahu dengan siapa saya dapatkan 'best rate'.
 |
| Nilai tukaran Pounds ke Ringgit 3-4 minggu lepas |
Saya boleh cadangkan jika yang tinggal sekitar KL, 'rate' yang baik ialah di
Jalan Tunku Abdul Rahman atau di
Jalan Bukit Bintang.
Saya harap idea saya berguna dan boleh disebarkan. Jika ada idea lain, boleh e-mail saya.
Sekian, terima kasih.