Tuesday, 18 September 2012

Senarai Hitam Dilarang Ke Luar Negara

Anda ghairah nak jalan satu dunia?

Mempunyai sumber kewangan yang kukuh?

Sudah mempunyai rancangan ke luar negara dalam masa terdekat?

LUPAKAN saje kalau dah kena Black List..


Yup! kalau dah kena black list, terutama pada yang tak membayar PTPTN, boleh semak Black List di laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia klik disini.

 

Wow Thistle Port Dickson

Salam & Greetings to All!,

Adoiai, sungguh lama tak menaip di blog memandangkan kerja banyak yang bertalu-talu. 3 minggu lepas saya menyertai retreat anjuran company di Port Dickson.

Bertempat di Thistle, Port Dickson, hotelnya memang sungguh menarik. Biasala.. tengah tak banyak duit ni, mana yang free, join je lah. Kalau kawan2 ada plan ke Port Dickson, saya memang recommend hotel ni. macam2 aktiviti boleh buat. Hotel ni antara yang terlengkap kemudahannya di antara hotel-hotel di Malaysia. kolam renang, golf, spa, movie room, tennis court, SWAT camp just to name a few.

Sebelum berangkat pulang ke kami sempat singgah di satu lokasi menarik berhampiran Tanjung Tuan. Kampung Tanjong Pelandok. Sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka.

 

Rasanya macam lokasi filem apa tah..

 
 
 


Syok kalau dapat luang masa mengail ikan tepi laut. Teringat masa budak-budak dulu, selalu ikut org pegi memancing. Maklumlah rumah pun tak sampai 200m dari pantai.

Monday, 17 September 2012

carian Destinasi paling popular di Google 2011

Dibawah ini adalah carian yang paling popular pada tahun 2011. Saya baru sampai satu saja dari 10 tempat yang best ni ;

1. Kowloon / Hong Kong
2. Su Mei Island, Thailand
3. Phuket Island
4. Bangkok
5. Maldives
6. Disneyland Hong Kong
7. Taipei
8. Paris
9. New York
10. Caribbean


Lagi 9 tempat ni bila la boleh pegi...? Syok berangan saja.

Visit Kelantan 2012


Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai tak berapa bulan yang lagi.. namun tak sempat la nak tgk aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Visit Kelantan 2012.

ada 2 website menarik untuk visit Kelantan 2012 kalau nak cari maklumat lanjut.

1. Come 2 Kelantan
2. Kelantan Tourism Information Center (official website)

Pakat-pakat jale kelate!